Sinopsis: Kisah
bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk
mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak
koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh
kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah
mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri
Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan
sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap
hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan
Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan
pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul
dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun
lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar.
Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta
dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu,
bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya
nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai
mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada
toyol tersebut untuk mencuri. Di satu tempat yang lain, Farah yang selama
ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama
ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah.
Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak
polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan
berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana
banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk
mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih
meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk
untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan
antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong
Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka
terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.
No comments:
Post a Comment