
Sinopsis
Kubur Tak Bertanda mengisahkan Zein, pelajar Malaysia yang menuntut di
sebuah pusat pengajian tinggi di Korea Selatan. Dia terjebak dalam
kehidupan sosial sehingga melakukan perhubungan terlarang bersama
kekasihnya, Kara (Keum Nim). Kara hamil, tetapi Zein enggan
bertanggungjawab kerana menganggap Kara gadis yang terlalu sosial. Kara
tertekan dan Zein pula menjauhkan diri.
Kara mengugut mahu melaporkan kepada pihak polis dengan dakwaan Zein
memperkosanya, tetapi Zein tetap enggan bertanggungjawab. Zein hilang
pertimbangan sehingga pergelutan dengan Kara. Dia memijak perut dan
menendang sehingga Kara pengsan dan berlumuran darah. Zein menyangka
Kara mati dan membuang mayatnya di kawasan semak.
Selepas tiga tahun, Zein membina mengahwini seorang pelajar Malaysia
bernama Rita (Yana). Zein berubah laku apabila bergelar suami. Apabila
Rita didapati hamil, kebahagiaan mereka mula diganggu bayang misteri.
Lebih menakutkan apabila mesin imbas mendapati bayi dalam kandungan Rita
menyerupai wajah Kara. Sikap Rita juga mula berubah dengan memiliki
persamaan dengan Kara dari segi pemilihan makanan, pakaian dan
perhiasan. Zein bertambah pelik kenapa selepas sekian lama baru kini
hidupnya diburu gelisah mengenai Kara.
Genre
Horror
Pelakon
Shaheizy Sam, Yana Shamsudin,Keun Nim & Lee Yan (pelakon Korea)
Screenshot
DOWNLOAD LINK - Kubur Tak Bertanda (2011) SDTVRip MKV