
Kebelakangan ini banyak laman torrent
dan blog yang menawarkan muat-turun filem/drama yang baru/lama/belum
dikeluarkan di wayang/televisyen. Ada yang hanya mengambil link dari
laman lain, ada juga yang mengupload sendiri. Apa jua yang mereka
lakukan hanyalah dengan satu tujuan iaitu berkongsi. Sharing is caring
la katakan. Tapi, ada juga pihak yang mempunyai tujuan lain selain dari
berkongsi. Biarkanlah apa jua tujuan mereka, yang penting bagi aku
sendiri, ia mudah dimuat-turun.
Jika korang dalam insan yang selalu
memuat turun file-file dari laman blog/torrent, korang mesti tau bezakan
kualiti video yang dikeluarkan bagaimana. Tapi, ada juga yang masih
belum faham apa itu DVDRip, DVDSCR, dan lain-lain lagi. Dan hari ini aku
ingin terangkan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan itu. Aku
mulakan dari kualiti yang paling rendah (hampeh) hingga ke yang paling
baik.
Entri lepas aku ade bercerita tentang Laman Torrent Pilihan Aku. Koarng dah usha?
Cam
Label :
Kebarangkalian :
- Sangat banyak & mudah didapati, tetapi kurang popular kerana masalah kualiti
Maklumat :
- Salinan dibuat dengan menggunakan kamera video, mungkin dipasang
pada tripod. Sumber suara diambil dari mikrofon kamera. Selalunya
kualiti video senget, ada orang lalu, orang gelak pun ada.
Telesync
Label :
Kebarangkalian :
- Sama seperti CAM. Selalunya dikeluarkan selepas versi CAM.
Maklumat :
- Ramai orang tersalah tafsir dengan jenis ini. Selalunya, kualiti
video sama seperti CAM, tetapi yang membezakannya adalah kualiti suara.
Suara tidak dirakam melalui mikrofon kamera, sebaliknya microfon yang
beza. Kadang-karang ia dirakam menggunakan FM Radio.
- PDVD atau Pra-DVD. Selalunya ia datang dari India atau filem India.
Ia adalah versi CAM/TS yang telah dimuat-turun dan dijual di jalanan
dalam format DVD dan di’rip’ semula.
Workprint
Label :
Kebarangkalian :
Maklumat :
- Salinan filem diperbuat dari versi yang belum selesai dan masih lagi dalam proses editing. Beberapa workprints mempunyai indeks masa di sudut atau di bahagian atas, mungkin juga terdapat watermark.
Screener
Label :
- SCR, SCREENER, DVDSCR, DVDSCREENER, BDSCR
Kebarangkalian :
Maklumat :
-
Ini adalah versi awal DVD atau VHS yang
dikeluarkan dari versi teater, biasanya dihantar ke peninjau filem, Ahli
Akademi, dan eksekutif untuk tujuan ulasan. Biasanya mempunyai mesej
overlay pada gambar seperti “The film you are watching is a
promotional copy, if you purchased this film at a retail store please
contact 1-800-NO-COPIES to report it.” Selain itu, beberapa filem keluaran screeners, ia mempunyai adegan yang dipaparkan dalam hitam-putih. Screeners biasanya mempunyai kualiti sedikit lebih rendah dari DVD-Rip.
Digital Distribution Copy
Label :
Kebarangkalian :
Maklumat :
- DDC pada dasarnya sama sebagai
Screener, tapi dihantar secara digital (email / ftp / http / dll.) untuk
syarikat, bukan melalui sistem pos. Hal ini membuat pengedaran lebih
murah. Mutunya lebih rendah daripada R5 namun lebih tinggi dari Cam atau
Telesync.
R5
Label :
Kebarangkalian :
- Sangat banyak & mudah didapati.
Maklumat :
- Jika DVD tidak mengandungi audio
berbahasa Inggeris, video R5 adalah disinkronisasikan ke keluaran yang
mengandungi audio berbahasa Inggeris. Kemudian tag LINE ditambah.
Telecine
Label :
Kebarangkalian :
- Sukar didapati, ini kerana keluarnya versi R5.
Maklumat :
- Salinan yang diambil dari filem cetak menggunakan mesin yang
memindahkan filem dari reel analog ke format digital. Ini jarang berlaku
kerana mesin telecine untuk membuat salinan ini sangat mahal dan sangat
besar, namun, sebelum keluarnya versi R5 ia mudah didapati. Telecine
dasarnya mempunyai kualiti yang sama seperti DVD, kerana versi ini
adalah versi yang dipaparkan di panggung wayang.
DVDrip
Label :
Kebarangkalian :
Maklumat :
- Salinan DVD yang telah diedarkan di sesetengah kawasan. DVDrip umumnya menggantikan salinan/versi yang telah keluar.
DVDR
Label :
Kebarangkalian :
Maklumat :
- Biasanya salinan lengkap dari DVD. Jika
DVD aslinya dari format DVD9, segala tambahan akan dibuang dan
di’codec’kan bagi agar sesuai untuk format DVD5. Ia selalunya
dikeluarkan beberapa jam selepas DVDRip dikeluarkan. Selain itu, saiz
video juga lebih besar dari versi DVDRip (kira-kira 4.5 GB).
HDTV/DS Rip
Label :
- TVRip, DSR,STV, PDTV, HDTV, DVBRip
Kebarangkalian :
Maklumat :
- TVRip adalah sumber capture dari kad capture analog (coaxial / composite / sambungan s-video)
- STV (TV Berlangganan Rip). Digital
stream rip (DSR) adalah rip yang diambil dari sumber bukan definisi
standard digital seperti satelit.
- Analog, DSR, dan PDTV sering dibuat
kepada 512 × 384, widescreen 640 × 352. Sumber HDTV yang dikodekan
semula untuk beberapa resolusi seperti 640 × 352 (360p), 960 × 528
(540p), 1280 × 720 (720p).
BD/BR Rip
Label :
- BDRip, BRRip, BDRip.XviD, 1080p.Blu-Ray.x264/720p.Blu-Ray.x264, BDR, Blu-Ray, BD5/BD9
Kebarangkalian :
Maklumat :
- Serupa dengan DVD-Rip, hanya sumber
adalah Blu-ray disc. BD rips terdapat dalam keluaran DVD-Rip berukuran
(biasanya 700MB atau 1.4GB) disesuaikan XviD serta DVD5 atau DVD9 yang
lebih besar (sering 4.5gb atau lebih, bergantung pada panjang dan lebar)
keluaran saiz disesuaikan kepada x.264.
Sumber sebenar
DOWNLOAD LINK - Ketahui Jenis Movie Yang Dikeluarkan Sebelum Muat-Turun